HTC Velocity 4G

This entry was posted by Friday, 2 March, 2012
Read the rest of this entry »

Hai friend. Untuk meningkatkan kepuasan penggunaan, HTC telah memperkenalkan sebuah smartphone unik baru yang bernama HTC Velocity 4G. Selagi berada dalam kawasan pengliputan rangkaian 4G LTE, segalanya boleh disiapkan dalam sekelip mata, termasuk pelayaran laman web, streaming multimedia, penghantaran emel dan sebagainya, memanglah memudahkan dan menjimatkan masa.

HTC Velocity 4G direkabentuk khas untuk hiburan multimedia dan komunikasi. Ia mempunyai skrin qHD 4.5 inci dan fungsi bunyi keliling stereo SRS, malah juga terbina dengan prosesor dual-core 1.5GHz, seolah-olah sebuah panggung wayang mini yang mudah alih. Pengguna boleh download dan menonton video atas talian dengan rangkaian 4G yang berkelajuan tinggi. Kombinasi skrin IPS besar dan rangkaian 4G LTE adalah sesuai sekali untuk pelayaran Internet dan tontonan video. Badan senipis 11.27mm selesa digenggam dan senang dibawa bersama.

HTC Velocity 4G terbina dengan kamera belakang 8.0MP dan kamera depan 1.3MP, masing-masing dapat menangkap video 1080p HD dan 720p HD, malah juga terdapat mod AF, lampu flash LED, aperture f/2.2 dan back-illuminated sensor, gambar yang jelas dapat dihasilkan walaupun berada di kawasan yang gelap. Fungsi pengeditan video dibekalkan, pengguna dapat menambahkan muzik kegemaran dan upload video melalui rangkaian 4G LTE untuk berkongsi dengan kawan-kawan, ataupun menayangkan video untuk menonton bersama kawan melalui fungsi DLNA atau MHL HDMI. Video dan gambar boleh sync kepada peranti digital lain yang menyokong DLNA, termasuk HDTV, monitor, kamera digital, printer dan sebagainya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply