Motorola GLEAM+

This entry was posted by Saturday, 3 March, 2012
Read the rest of this entry »

Hai friend. Motorola telah memperkenalkan sebuah handphone flip baru yang bernama Motorola GLEAM+. Rekabentuk flip adalah yang paling popular sebelum Motorola memperluaskan handphone berbentuk palang. Namun, sejak handphone palang menjadi popular, handphone flip telah hampir dilupakan.

Motorola GLEAM+ adalah sebuah handphone biasa (bukan jenis pintar) yang berbentuk flip, kerangka luarnya terdapat 144 lampu LED yang akan bernyala apabila terdapat panggilan masuk atau SMS baru. Pada keadaan standby pula lampu LED tersebut akan menunjukkan masa. Bahagian internal Motorola GLEAM+ pula terdapat skrin dalaman 2.8 inci 240×400 TFT dan satu pad nombor yang besar, senang digunakan dan sangat memudahkan.

Selain fungsi komunikasi yang biasa, Motorola GLEAM+ juga menyokong fungsi hiburan yang asas, termasuk kamera 2.0MP, pemain muzik MP3, radio FM dan juga port earphone 3.5mm. Selain terbina dengan 50MB memori, Motorola GLEAM+ juga menyokong kad memori MicroSD sebesar 16GB supaya lebih lagu dapat disimpan. Di samping itu, Motorola GLEAM+ juga menyokong GPRS dan WAP 2.0, terbina dengan browser web. Gambar yang diambil boleh dikongsi dengan kawan-kawan dengan segera. Motorola GLEAM+ boleh dikatakan sebagai penganti EX211. Secara bandingan, speks Motorola GLEAM+ adalah lebih tinggi dengan skrin yang lebih besar dan penyokongan kad memori setinggi 16GB.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply