Samsung C3520

This entry was posted by Sunday, 4 March, 2012
Read the rest of this entry »

Hai friend. Samsung C3520 adalah sebuah handphone flip nipis yang bergaya trendi, mempunyai skrin 2.4 inci dan kaya dengan pelbagai apps multimedia. Ia tersedia dengan pelbagai apps social untuk menjadikan komunikasi lebih senang dan seronok. Handphone flip baru Samsung C3520 mempunyai skrin 230×320 piksel 2.4 inci, bukan sahaja memudahkan pengawalan, malah juga dilengkapi pelbagai fungsi yang berguna.

Aplikasi social seperti Facebook dan Twitter disediakan supaya pengguna dapat menguasai berita terkini kawan-kawan. Selain itu, pengguna juga dapat mengendalikan emel, kontak dan calendar melalui fungsi sync. Kamera 1.3MP disediakan untuk menangkap gambar, manakala penyokongan USB dan Bluetooth dapat memudahkan penghantaran data.

Samsung C3520 juga dilengkapi dengan pemain MP3 dan fungsi radio FM untuk memastikan pengguna sentiasa dikelilingi muzik. Antaramuka Paragon UX adalah cantik dilihat dan senang digunakan. Pembacaan emel, calendar atau laman web menjadi lebih mudah. Begitu juga dengan pengendalian kontak melalui fungsi sync.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 Responses to “Samsung C3520”

  1. titan

    peh..hari-hari review handset ni. mesti banyak handset ni kannn..

    • admin

      titan@ Dunia semakin canggih, maklumat pun semakin mudah diperolehi. :)


Leave a Reply