Gigabyte GSmart G1355

This entry was posted by Sunday, 4 March, 2012
Read the rest of this entry »

Hai friend. Untuk membekalkan hiburan multimedia yang berkualiti, baru-baru ini Gigabyte memperkenalkan sebuah handphone dua SIM dua standby yang baru, Gigabyte GSmart G1355. Penyokongan dua SIM dua standby adalah sesuai sekali untuk mengendalikan kegiatan social peribadi dan kerja. Handphone ini mempunyai skrin sentuh kapasitif 800×480 piksel seluas 4.3 inci dan ketebalan 11.5mm sahaja.

Gigabyte GSmart G1355 beroperasi sistem Android 2.3, dilengkapi dengan prosesor Qualcomm MSM7227T 800MHz dan memori 512MB RAM / 1GB ROM, pengguna dapat download berpuluh-puluh ribu apps dari Android Market untuk mempelbagaikan fungsinya. Selain itu, model baru tersebut juga mempunyai fungsi unlock segera yang eksklusif dan fungsi pembesaran bunyi automatic.

Gigabyte GSmart G1355 mempunyai kamera CMOS 5.0MP yang menyokong fungsi AF dan lampu flash LED, membolehkan pengguna menangkap gambar dan video berkualiti pada bila-bila sahaja di samping dapat memainkan video dan lagu. Malah, pengguna juga dapat menerokai dunia internet melalui fungsi Wi-Fi dan 3.5G.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

One Response to “Gigabyte GSmart G1355”

  1. titan

    berapa harganya ye??


Leave a Reply