Isnin, 26 Jun 2017

Selamat Hari Raya 2017/1438H

Seperti biasa, Hari Raya tahun ini saya beraya di kampung isteri iaitu Kg.Pulau Sepanggar.
Apa apa pun Selamat Hari Raya 2017/1438Hijrah, Maaf Zahir dan Batin. Sekian.

Isnin, 12 Jun 2017

Giveaway Raya by Mya & Friends

Selamat berpuasa untuk semua pembaca myafarisha.com yang disayangi. Sempena Ramadhan dan Syawal yang sememangnya dekat sangat dengan kita, Mya dengan usahasama rakan-rakan AFB (Auto Feed Blog) membawakan Giveaway Raya, istimewa untuk anda. Ada RM 240 untuk awak cuba rebut dan menang. Syarat-syarat pun mudah sahaja. Tak mahu borak panjang, kita usha syarat dan hadiah kat bawah.


Syarat :
↳ Malaysian Blogger
↳ Follow Instagram kami : Mya | Ain | PapaG | KG | Unni | Farah
↳ Follow / Add FB kami : Mya | Ain | PapaGKG | Unni | Farah
↳ Follow Google+ kami : Mya | Ain | PapaGKG | Unni | Farah
↳ Follow blog kami : Mya | Ain | PapaGKG | Unni | Farah
↳ Buat satu entri bertajuk : GIVEAWAY RAYA BY MYA & FRIENDS
↳ Copy and Paste code di bawah dalam HTML and Publish.

↳ Tinggalkan link entri dalam bahagian komen
↳ Selesai

*kalau awak tak ada Instagram atau FB, please do mention it dalam entry*

Hadiah :
💕 Tempat pertama : RM 100
💕 Tempat kedua : RM 70
💕 Tempat ketiga : RM 50
💕 Tempat keempat : RM 20

So, jangan tunggu lama-lama. Bermula hari ni sehingga 19 Jun nanti.
Cepat-cepat join sekarang. Klik je banner kat atas tu. Muah cikitt.

Ahad, 11 Jun 2017

Cerita Kartun Yang Tidak Baik Untuk Anak

Walaupun belum mempunyai anak,  saya sudah berkira kira untuk tidak membenarkan anak menonton beberapa cerita kartun di TV. Antaranya:-

1. Sinchan - korang mungkin faham kenapa saya tidak mahu anak menonton kartun ini.  Bagi saya,  watak sinchan adalah watak yang tidak patut dicontohi dan otak tidak betul.

2. Doremon - penyebabnya ialah kerana adanya Nobita. Bagi saya,  Nobita mempunyai perwatakan yang mengarut.

3. Tom & Jerry - Jalan cerita yang sangat mengarut.  suka buli membuli.

Apa apa pun,  kita hanya merancang, tuhan yang menentukan. Sekian.

Jumaat, 9 Jun 2017

Keluarga MoMa Ke Kundasang

Baru baru ini, iaitu 29 dan 30 Mei 2017, saya dan isteri menyertai keluarga saya ke kundasang,  salah satu tempat yang menarik di sabah. Setelah sekian lama akhirnya keluarga kami dapat berkumpul bersama sama. Inilah kali pertama kami berkumpul selepas saya memeluk islam. Walaupun berbeza agama, saya gembira dapat berkumpul bersama.






Saya tidak mahu tulis banyak banyak.  Cukuplah untuk gambar berbicara.

Perkara Yang Saya Lakukan Jika Menjadi Majikan

Bukan angan angan, tapi impian. Manalah tahu satu hari nanti saya akan membuka perniagaan sendiri dan mempunyai ramai pekerja, maka perkara ...