Sabtu, 8 Julai 2017

Cabut Gigi Ubat Mujarab Untuk Sakit Gigi

Tidak tahan dengan sakit gigi yang saya alami, akhirnya memaksa saya kembali untuk membuat pemeriksaan gigi kali kedua dan doktor gigi membuat keputusan untuk mencabut gigi yang sakit.

Pelik, hari tu kata tak boleh cabut lagi, tunggu kesakitan gigi itu berhenti. Tapi kali ini lain pula jadinya, doktor menjelaskan, gigi saya sudah boleh cabut kerana cengkaman gigi sudah longgar dan tidak lagi boleh ditampal.

Macam biasa, proses bius perlu dilakukan. habis mulut saya hilang deria rasa, dengan dua kali sentap, maka hilanglah sebatang gigi gerham yang paling besar, sekaligus memusnahkan harapan saya untuk mengunyah tulang ayam semasa makan.

Hari pertama gigi hilang, memang ada patangnya, antaranya tidak boleh makan atau minum yang panas-panas, tidak boleh berkumur, tidak boleh mengangkat benda-benda yang berat, tidak boleh gentel bahagian gigi yang hilang menggunakan lidah, dan apa saja yang boleh mendatangkan mudarat. 

Jadi, dua tiga hari nih, makanan yang paling best ialah aiskrim, sebabnya kesakitan seakan berhenti bila benda sejuk masuk dekat mulut. hari keempat, kesakitan hilang, benarlah kata doktor, sakit dua tiga hari saja. Apa-apa pun, cabut gigi ubat mujarab untuk sakit gigi.

Tiada ulasan:

September Yang Sibuk