Selasa, 4 Julai 2017

Cara Mudah Hilangkan Sakit Gigi

Demam, pening, sakit badan, terseliuah kaki, termasuklah sebulan mengheret kaki kerana kemalangan, mampu saya hadapi. Tapi bila bab sakit gigi nih hanya tuhan yang tahu. Sakitnya lain macam, yang pernah mengalaminya sakit gigi pasti tahu kesakitan yang saya maksudkan. Dah makan ubat pun kesakitannya masih terasa hingga ke gegendang telinga, meresap ke kepala. Nak cabut pun tak boleh, tunggu sakit gigi hilang, barulah boleh dicabut, tu kata klinik pergigian.

Tiba-tiba terfikir nak buat carian kat google, mana tahu jumpa petua melegakan sakit gigi. Macam macam petua yang dijumpai. Antaranya:-

1) Garam: Katanya, kandungan sodium mampu melegakan kesakitan gigi berlubang. Caranya, masukkan garam ke dalam air mineral suam dan jadikannya sebagai bahan kumur.

2) Limau Nipis: Katanya, Vitamin C yang terkandung di dalam jus limau nipis mampu menghilangkan sakit gigi. Jus limau nipis diambil dan dititiskan kebahagian gigi yang sakit. 

3) Bawang Putih: Bersifat antibiotik dan mengurangkan sakit. Caranya, tumbuk bawang putih hingga halus, tambah garam, dan letak dekat gigi yang sakit.

4) Bawang Merah: Lebih kurang macam bawang putih juga. cuma bawang merah nih kena hiris halus dan kunya.

5) Air Kencing: Ini petua dari kawan, ambil air kencing sendiri, lepas tu kumur. kawan nih memang nak mapus, mengarut. Ingat saya nih bodoh sangat. Yang nih tidak perlu ikut, mengarut nih.

Saya akan cuba petua-petua ini, berkesan atau tidak kita tunggu dan lihat. Bila sakit gigi nih dah hilang, saya rancang nak cabut gigi yang rosak nih, sebab gigi yang rosak sepatutnya dicabut agar kesakitan itu tidak berulang. Sekian.

2 ulasan:

raihanah berkata...

elakkan benda manis juga, infection banyak sebab gula2.

Ronald Bin Mohoni berkata...

Yang nih pun betul

Segmen Bloglist Bulan Zulkaedah 1438H

Ok, dipendekkan cerita saya nak join segmen bloglist bulan zulkaedah 1438H oleh Mohd Noor Shawal's. Sekian.