Sabtu, 28 Oktober 2017

Bajet 2018 Dari Kacamata Ronaldmohoni

Dari kacamata saya, bajet 2018 tidak ada kejutan. Namun saya tertarik dengan beberapa perkara:-

1. ADAM50: Anak yang lahir dari Januari 2018 hingga December 2022 akan mendapat rm200 dalam bentuk pelaburan yang akan dilaburkan di dalam ADAM50. Isteri saya cakap, sudah sampai masanya untuk menimang cahaya mata. Pendapat saya, berapalah sangat rm200 tu.

2. BR1M: Kekal, tiada kenaikan. Harap-harap harga barang pun tiada kenaikan.

3. PTPTN: Diskaun 20 peratus jika bayar habis, dilanjutkan sehingga December 2018. Harap-harap, 2018 hutang PTPTN saya selesai. Kepada peminjam PTPTN, pandai pinjam pandai bayar, hutang mesti bayar.
Faham.

4. Buku bebas dari gst: Ya ini saya suka, harap-harap harga buku akan semakin murah, sebab saya ini ulat buku, bolehlah saya membeli buku dengan lebih kerap.

5. Kedai Rakyat 1 Malaysia: Bilangan KR1M akan ditambah. Nampaknya bolehlah saya mengintai peluang, mana tahu mendapat peluang untuk memilik KR1M.

Rasanya 5 perkara ini sahaja menarik perhatian saya. Akhir sekali, tiada guna pembangunan infrastuktur jika rakyat banyak yang hidup susah dan kerajaan harus adil, jangan hanya lebihkan kakitangan awam. Sekian.

Selasa, 24 Oktober 2017

Lelaki Mesti Pandai Masak

Dulu, masa umur 10 tahun, saya sudah boleh memasak. Masak nasi, goreng telur, goreng ayam, masak pucuk ubi kayu dan apa saja yang mudah dimasak. Ini berlaku kerana bapa dan mama saya sememangnya mendidik kami adik beradik untuk belajar memasak. Pernah satu ketika saya mengeluh, dan berkata, "Ini semua kerja perempuan bukan kerja lelaki", mama saya cakap, " lelaki pun mesti belajar masak, supaya boleh berdikari". Sudah semestinya saya bersyukur, kerana saya dididik untuk pandai memasak.

Bila saya dewasa baru saya faham, ilmu memasak itu penting walaupun perkara basic. Saya beri dua contoh:-
1. Semasa menuntut di sekolah menengah dan tinggal di asrama ada seorang warden asrama lelaki, tidak tahu memasak, ditakdirkan isterinya jatuh sakit dan dimasukkan ke wad hospital selama seminggu. Oleh kerana beliau tidak tahu memasak maka terpaksalah beliau membeli makan di restoran untuk anak anak dan diri sendiri. Seminggu beli makanan diluar sangatlah membazir.
2. Semasa melanjutkan pelajaran di IPT, saya menyewa rumah bersama rakan-rakan. Ditakdirkan adalah seorang rakan nih, langsung tidak boleh masak. Masak nasi pun tidak tahu, goreng telur pun tidak tahu dan dia mengharapkan belas kasihan para sahabat untuk menyediakan makanan ataupun terpaksa makan maggi rendam air panas.

So, lelaki mesti pandai masak, sekurang-kurangnya tahu masak nasi dan telur goreng. Sekurang- kurangnya bila kita berjauhan dengan keluarga bolehlah berdikari memasak sendiri. Kalau sudah kahwin, bolehlah tolong isteri masak jika isteri penat, isteri bukan orang gaji, jangan double saja tahu, tapi masak tidak tahu. Sekian.


Jumaat, 20 Oktober 2017

Blogger.com Atau Wordpress

Hari ini saya ingin berkongsi tentang Blogger.com dan WordPress. Kedua-keduanya saya pernah gunakan. Untuk pengetahuan, ronaldmohoni.com bermula pada November 2010, menggunakan WordPress yang diinstal pada server yang disewa. Setelah dua tahun dalam dunia blogging, saya menghilangkan diri dan tidak aktif lagi akibat beberapa masalah sehingga saya kehilangan domain ronaldmohoni.com. Ya, April 2017 saya kembali, Kali ini saya memilih untuk menggunakan blogger.com sebagai server, padahal satu ketika dulu, saya pernah mengecam pengguna blogger.com sebagai blogger yang tidak akan pergi jauh.

Pertama, saya nak sentuh tentang blogger.com. saya mengakui, medium blogger.com ini mudah digunakan dan amat sesuai untuk individu yang baru ingin berjinak-jinak dalam dunia blogging. Ianya percuma, dan anda boleh memilih untuk membeli domain dan dikonfigurasikan atau sekadar menggunakan nama domain yang panjang tapi percuma. Buatlah sebanyak mana post, tariklah seberapa banyak pelawat, tidak ada bayaran yang akan dikenakan oleh pihak blogger.com. tetapi, jika anda bernasip malang, kebarangkalian untuk anda kehilangan blog agak tinggi, ini kerana Kadang-kadang pihak blogger.com akan menghapuskan blog anda jika mereka merasakan blog anda menyalahi peraturan mereka, sahabat saya sendiri pernah mengalami situasi sebegini. Jika ada yang mengatakan pengguna blogger.com lebih mesra dengan enjin carian, bagi saya tidak, saya rasa sukar untuk menewaskan WordPress dalam hal SEO.

 Seterusnya, saya ingin menyentuh tentang WordPress yang diinstal di server/hosting. Bila bercerita tentang WordPress, bersedialah untuk mengeluarkan Wang untuk membeli domain dan menyewa hosting. Kadang-kadang bila server yang disewa telah mencecah limit disk space, penggunaan server terpaksa menambah bayaran. Kebarangkalian untuk blog digodam juga tinggi berbanding pengguna blogger.com, jadi anda mestilah berhati-hati dalam hal pemilihan hosting. Tetapi saya akui, teknik SEO WordPress mudah dikuasai.

 Kesimpulanya, jika anda baru berjinak-jinak dalam dunia blogging, blogger.com adalah sesuai. Tetapi jika anda bercita-cita untuk pergi jauh dalam dunia blogging dan ingin menjana pendapatan yang lumayan, wordpesslah jawapannya. Sekian.

 P/S-Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa saya menggunakan blogger.com, ada masa saya cerita.

Sabtu, 14 Oktober 2017

Be My Lucky Followers Giveaway



Syarat-syarat

  1. Follow Blog seindahcerita , Aisya Ismail, Shafyqah Azahar, Mama Aiman,          Cinta Itu Indah, Shikin Razali
  2. Follow IG nieylanadia , aisyaismy, byaisyaismail, shfyqhazhr, nafiz_forever, syamimi8088
  3. Like Page | SEINDAHCERITA  NIEYLBEAUTYSHOP Starlavenderluna's Journal Of Life  
  4. Buat satu entry bertajuk "Be My Lucky Followers By Seindahcerita
  5. Copy banner dan link kan semula ke entri ini.
  6. Publish dan tinggalkan komen anda di ruangan komen entri ini sahaja.
  7. Pemenang di pilih secara Random.org
  8. Hadiah
    1. Wang Tunai RM20x1 pemenang
    2. Wang Tunai RM10x8 pemenang
    3. Pakej Print Gambar + Random Stuff  x 1 pemenang

Boleh copy &paste code di bawa untuk lebih mudah.

Jumaat, 13 Oktober 2017

Lesen Memandu Atau Laptop Baru

Saya masih lagi berfikir, lesen memandu atau laptop baru. Kerana kedua duanya saya perlukan. Nak ambil serentak, baget mungkin lari.

Saya sedar, saya memerlukan lesen memandu secepat mungkin, kerana tanpa lesen memandu, saya sukar memilik kenderaan sendiri, tanpa kenderaan sendiri saya sukar untuk pergi lebih jauh dalam peningkatan kerjaya. Contohnya saya memohon jawatan penolong pengurus cawangan di 99 Speedmart, saya layak tapi dengan syarat mestilah memiliki kenderaan sendiri.

Sudah 2 tahun laptop saya rosak, dan setelah saya mengambil keputusan untuk melakukan comeback dalam dunia blogging, rasanya saya memerlukan laptop baru agar lebih mudah  update blog. Semenjak kembali kedunia blogging, saya hanya update blog mengguna smartphone dan sekali sekala ke cyber cafe. Update blog dengan smartphone agak lambat sedikit, dan banyak benda yang sukar dilakukan. Sekurang-kurangnya, jika ada laptop baru, saya mungkin mampu memiliki blog dalam pelbagai kategori.

Harap-harap saya mampu memiliki kedua-duanya dalam masa terdekat, agar impian terlaksana. Sekian untuk hari ini.


Khamis, 5 Oktober 2017

Menang Giveaway TengkuButang

Kejap lagi hendak masuk kerja, tapi update blog dulu. OK, baru-baru nih menang giveaway dari tengkubutang.

Menang produk kecantikan swiss vita, tajaan blogger FaraHanim. Saya tidak menggunaakannya kerana saya jejaka yang menggemari imej muka pecah bukan muka jambu. Maksudnya rezeki my wife. Apa apa pun terima kasih dengan hadiah ini. Sekian.

Selasa, 3 Oktober 2017

Dapatkan CashBack Dari Shopback

Alamak, lama tidak update blog. Tidak apa, hari ini saya nak update blog. Ya, hari ini saya hendak bercerita tentang Shopback. Apa itu shopback? mengikut pemahaman saya, shopback adalah laman web yang memberikan cashback apabila kita membeli belah secara online di laman web melalui laman web shopback.

Contohnya, kita membeli belah secara online di laman web lazada melalui laman web shopback. kita beli baju harga RM100, dapat cashback 6% hingga 8.5%, iaitu RM6.00 hingga RM8.50 (bergantung kepada perubahan), bukan diskaun, tapi cashback, Rm8.50 ini dikembalikan apabila memenuhi syarat shopback.

Pengalaman, saya tidak pernah beli baju, tapi saya beli reload di laman web lazada melalui laman web shopback. beli reload digi RM10 dapat cashback RM0.60 (bergantung kepada perubahan). Ronaldmohoni, ko gilakah, RM0.60 sikit saja mah? woi, yang penting ada mah, daripada beli di kedai reload, habuk pun tiada, beli melalui shopback dapat cashback.

Melalui Shopback, macam-macam cashback kita boleh dapat, naik GrabCar pun boleh dapat cashback, beli tiket MAS pun boleh dapat Cashback, macam-macam lagilah. Syarat minimum nak cashout, RM10.00. Ok, emm, rasanya cukup kot penerangan ringkas dari saya, berminat boleh terjah dan daftar di ShopBack.Com (Klik). Jangan risau, pendaftaran percuma. ok, bye.

Lazada Online Revolution Blogger Contest

Rupa-rupanya Lazada Malaysia sedang melaksanakan Online Revolution Sales dari 11 November 2017 hingga 14 Disember 2017. Kepada kaki shopping...