Khamis, 12 Oktober 2017

Lesen Memandu Atau Laptop Baru

Saya masih lagi berfikir, lesen memandu atau laptop baru. Kerana kedua duanya saya perlukan. Nak ambil serentak, baget mungkin lari.

Saya sedar, saya memerlukan lesen memandu secepat mungkin, kerana tanpa lesen memandu, saya sukar memilik kenderaan sendiri, tanpa kenderaan sendiri saya sukar untuk pergi lebih jauh dalam peningkatan kerjaya. Contohnya saya memohon jawatan penolong pengurus cawangan di 99 Speedmart, saya layak tapi dengan syarat mestilah memiliki kenderaan sendiri.

Sudah 2 tahun laptop saya rosak, dan setelah saya mengambil keputusan untuk melakukan comeback dalam dunia blogging, rasanya saya memerlukan laptop baru agar lebih mudah  update blog. Semenjak kembali kedunia blogging, saya hanya update blog mengguna smartphone dan sekali sekala ke cyber cafe. Update blog dengan smartphone agak lambat sedikit, dan banyak benda yang sukar dilakukan. Sekurang-kurangnya, jika ada laptop baru, saya mungkin mampu memiliki blog dalam pelbagai kategori.

Harap-harap saya mampu memiliki kedua-duanya dalam masa terdekat, agar impian terlaksana. Sekian untuk hari ini.


4 ulasan:

Mrs Pip berkata...

semoga berjaya dpt kedua-duanya...

ai berkata...

Lesen memandu lebih penting.

kak gojes berkata...

lesen memandu d utamakan..sbb mana tau nanti2 naik lagi yurannya

sabree hussin berkata...

Dua-dua penting tu. Tapi kalau dengan blog boleh buat duit, baik utamakan yang boleh hasilkan duit dulu

First Giveaway Dari Ronaldmohoni.Com