Selasa, 7 November 2017

Sambal Udang Terung Dan Fish Kek

Sebenarnya, sudah seminggu saya rancang untuk menulis entri ini, iaitu Resepi Sambal Udang Terung dan Fish Kek. Resepi yang simple tetapi saya sangat terujah dengannya kerana saya memasak resepi ini sekurang kurangnya 10 kali dalam sebulan.

Bahan-bahan:-
1. Sekeping Fish Kek (RM 2.30++)
2. Sebiji Terung (sederhana besar)
3. 1 tin sambal Udang (yeo's)
4. Perencah secukup rasa (Maggie)
5. Minyak masak

Cara penyediaan:-
1. Potong fish Kek kecil kecil. Campurkan 1 sudu makan perencah secukup rasa dan gaul. Panaskan minyak dan goreng fish Kek sehingga berwarna keemasan dan hidangkan.

2. Potong terung kepada 3 bahagian, dan belah terung kepada 4 bahagian. Goreng terung hingga berwarna emas kecoklatan (jangan sampai hangus). Angkat.

3. Panaskan 5 sudu makan minyak masak ke dalam kuali. Masukkan sambal Udang, goreng selama 30 saat, masukkan terung goreng dan 1 sudu makan secukup rasa. Gaul selama 1 minit. Angkat dan hidangkan.

Itu sahaja perkongsian saya  untuk kali ini, sekian dan selamat mencuba.

1 ulasan:

galaksi viral berkata...

Resepi mudah tapi pasti lazat. :D

Giveaway Ole-Ole Brunei by Mialina.com

Giveaway Ole-Ole Brunei By Mialiana.com  bermula dari saat ini, 12.00 tengahari 9 November 2017  sehingga 11.59 malam 16 November 201...