Khamis, 21 Jun 2018

Belgium Juara Piala Dunia FIFA Russia 2018?

Mungkin ada yang akan mentertawakan saya apabila mengangkat Belgium sebagai pilihan Juara Piala Dunia FIFA 2018 yang sedang berlangsung di Russia.


Jika dirujuk ranking terbaru FIFA, Belgium berada di ranking ke-3 dunia dan pada perlawanan pertama di Piala Dunia FIFA 2018, Belgium membenam Panama 3-0.

Kenapa saya begitu yakin dengan Pasukan Belgium? Mereka memiliki barisan pemain yang menakjubkan, berpengalaman dan muda. Hampir kesemua pemain Belgium bermain dengan kelab-kelab yang hebat.

Sebut saja nama Eden Hazard, pasti peminat sukan bolasepak mengenalinya, bermain dengan kelab Chelsea. Romelu Lukaku bermain dengan Manchester United. Kevin De Bruyne bermain dengan Manchester City. Mousa Dembele bermain dengan Tottenham Hotspur. Jika disebut kesemuanya, rasa macam tidak larat, jadi bolehlah rujuk laman web FIFA untuk maklumat lanjut.

Apa yang pasti, Pasukan Belgium mampu mencabar kejuaraan. Pasukan Malaysia, no komen. Sekian.

Selasa, 12 Jun 2018

Buat Duit Dengan Shopee

Agak lama juga saya tidak mengupdate blog ini. Pendek cerita saya sibuk, namun saya cuba untuk luangkan masa, mencoretkan sesuatu, di sini.

Ya, baru baru ini saya terjebak dengan shopee, sebagai pembeli, yang membeli apa sahaja yang diingini. Dalam erti kata yang lain, saya curang dengan lazada, dan beralih ke shopee. Mungkin kerana harga yang kadang kala terlalu murah dan tidak masuk akal, tetapi benar.

Yang menariknya, jika ada kemahuan, kita mampu buat duit dengan shopee sebagai penjual, tanpa melalui prosedur yang ketat. Tetapi untuk merialisasikan semua ini, kita perlulah belajar sekurang kurangnya teknik asas dan salah seorang rakan facebook saya telah membocorkan rahsia beliau menjana Rm40,888 dalam tempoh 3 bulan, info lanjut bolehlah terjah di teknikrahsiashopee ( klik)

Ronaldmohoni.com Hari Raya Aidilfitri 2018 Giveaway

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin dari saya. Saya mohon maaf seandainya ada blogger atau pembaca yang tersinggung dengan tulis saya di ...