Khamis, 21 Jun 2018

Belgium Juara Piala Dunia FIFA Russia 2018?

Mungkin ada yang akan mentertawakan saya apabila mengangkat Belgium sebagai pilihan Juara Piala Dunia FIFA 2018 yang sedang berlangsung di Russia.


Jika dirujuk ranking terbaru FIFA, Belgium berada di ranking ke-3 dunia dan pada perlawanan pertama di Piala Dunia FIFA 2018, Belgium membenam Panama 3-0.

Kenapa saya begitu yakin dengan Pasukan Belgium? Mereka memiliki barisan pemain yang menakjubkan, berpengalaman dan muda. Hampir kesemua pemain Belgium bermain dengan kelab-kelab yang hebat.

Sebut saja nama Eden Hazard, pasti peminat sukan bolasepak mengenalinya, bermain dengan kelab Chelsea. Romelu Lukaku bermain dengan Manchester United. Kevin De Bruyne bermain dengan Manchester City. Mousa Dembele bermain dengan Tottenham Hotspur. Jika disebut kesemuanya, rasa macam tidak larat, jadi bolehlah rujuk laman web FIFA untuk maklumat lanjut.

Apa yang pasti, Pasukan Belgium mampu mencabar kejuaraan. Pasukan Malaysia, no komen. Sekian.

Tiada ulasan:

Ronaldmohoni.com Salam Merdeka 2018 Giveaway

Saya sudah janji untuk mengadakan giveaway sempena bulan kemerdekaan, dan saya mestilah menepati janji saya. Syarat-syarat penyertaan: ...