Posts Tagged pasukan bolasepak sabah

Pasukan Sabah FA Tumpas Suku Akhir Piala Malaysia 2011

Posted by on Monday, 17 October, 2011

Nampaknya Pasukan Bolasepak Sabah tersungkur di peringkat suku akhir Piala Malaysia 2011. Suku akhir pertama menyaksikan Pasukan Sabah tewas 2-1 kepada pasukan T-Team di Stadium Likas. Suku akhir kedua, Pasukan T-Team menumbangkan Sabah 1-2 di Terengganu. Secara Agregget, Pasukan Sabah tewas 2-4. Hakikatnya, Pasukan T-Team lebih kuat dari Pasukan Sabah.

Piala Malaysia 2011 belum lagi melabuhkan tirai. Namun Sabah FA telah membuat persiapan untuk mengadakan pemilihan di peringkat daerah bagi mencari bakat baru yang berusia 19 tahun ke bawah , untuk diketengahkan. Selain itu, pengurusan sabah sedang berusaha mendapatkan beberapa pemain yang pernah dan sedang bermain dengan pasukan kebangsaan

Selain Indra Putra dan Hairuddin Omar. Sabah FA juga berminat untuk mendapat khidmat Badrol Bakhtiar dan Khyril Muhymeen, yang kini bermain dengan pasukan Kedah FA. Walaupun kedua-dua pemain Kedah FA itu masih mempunyai baki kontrak 1 tahun, Kedah FA membenarkan perkara tersebut dirundingkan. Tidak mustahil Sabah FA membeli kedua-dua pemain ini.

Jika ingin berjaya pada musim depan, Sabah FA seharusnya berani berbelanja besar untuk mendapatkan pemain-pemain yang baik. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai kepangkal lengan. Cadangan saya, cuba dapatkan Safiq Rahim dan Kunalan, yang merupakan pemain kebangsaan. Dengar khabar, Sabah FA sanggup membayar gaji RM30,000 untuk pemain yang bermain dengan Pasukan Kebangsaan. Untuk 3 pemain import, Sabah FA belum lagi memanggil mana-mana pemain luar negara untuk menjalani sesi ujian. Jika ada berita terbaru, saya kan berkongsi di blog ini. Kita tunggu dan lihat.


Sabah FA Ke Peringkat Separuh Akhir Piala Malaysia 2011

Posted by on Wednesday, 28 September, 2011

Hari ini, Chelsea sempat membelasah Man Utd, Liverpool, Arsenal dan Man City melalui Games FIFA 2011, hehehe. Namun, bukan perkara itu yang ingin diulas. Sebaliknya saya ingin berkongsi cerita kejayaan Sabah mara ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia. Menang 3 kali, seri sekali dan kalah 2 kali, sudah cukup untuk membuka ruang Sabah FA keĀ  peringkat separuh akhir.

Lawan Sabah FA di peringkat separuh akhir ialah T.Team. Salah satu pasukan bertaraf bintang kerana memiliki beberapa bintang seperti Indra Putra, Haris Safwan, Norfarhan, Zairo, Rosdi Talib dan Syamsuri Mustapha. Berdasarkan 2 perlawanan yang lepas. Sabah FA tewas 3-0 di Kuala Terengganu dan 3-1 di Likas. Tidak hairan, jika pemerhati bolasepak tempatan mengelar Sabah FA sebagai Underdog dalam perlawanan ini.

Separuh Akhir pertama ialah 10 oktober 2011 di Stadium Likas (8.15 mlm). Separuh Akhir kedua ialah 14 Oktober di Kuala Terengganu. Harga tiket di Stadium Likas ialah RM10 untuk terbuka dan RM15 untuk berbumbung. Harap-harap, harga tiket tidak dinaikkan. Walaupun T.Team salah satu pasukan kuat, namun bola itu bulat. Tidak mustahil Sabah FA mampu menumpaskan T.Team. Bah kata Jurulatih, Justin Ganai, semangat Sabah FA sedang membara-bara. Good luck to Sabah FA.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...