Posts Tagged pemain baru chelsea

Chelsea Dan Piala FA 2012

Posted by on Tuesday, 10 January, 2012

Hai friends, baru-baru ini, Chelsea memulakan kempen Piala FA dengan membenam Portsmouth 4-o. Satu keputusan yang amat memberangsangkan dan membuatkan peminat Chelsea terujah. Mata menjaringkan gol pertama, dan 5 minit terakhir Ramires menjaringkan 2 gol dan Lampard menjaring 1 gol.

Saya cukup menggemari kelibat Ramires sejak dia beraksi dengan Chelsea tahun lepas. Mempunyai teknik permainan yang aggresif, menjadikannya antara pemain yang harus diturunkan untuk membantu pasukan. Torres? saya tak tahu nak cakap apa, dia masih belum mampu menjaringkan gol. Nak jual?tiada pasukan yang ingin membelinya.

Harap-harap, prestasi Chelsea tahun ini lebih baik dan menyerlah. Saya sendiri masih tertunggu tunggu pemain baru yang ingin diambil oleh Chelsea dan seboleh-bolehnya, cari pemain yang benar-benar berkualiti. Kualiti itu penting dan tidak mustahil Piala FA milik Chelsea.


Chelsea Juara Liga Perdana Inggeris

Posted by on Tuesday, 22 March, 2011

Baru-baru ini, Chelsea membenam Man Utd 2-1. Dan yang terbaru, Chelsea Menundukkan Man City 2-0. Sebagai seorang penyokong tegar Chelsea, ianya berita yang menggembirakan. Sorry kepada penyokong kelab lain, hohoho. Perkembangan ini amat baik untuk pasukan Chelsea. Dibezakan 9 mata dengan pendahulu, Man Utd dan  berbaki 9 perlawanan, tiada yang mustahil untuk Chelsea menjulang Piala Liga Perdana Inggeris. Muahahaha.

Kehadiran beberapa pemain baru, membolehkan Pengurus Chelsea melakukan percaturan dan perang psikologi. Kehadiran David Luiz amat bermakna, ianya menjadikan barisan pertahanan Chelsea lebih kebal, disamping A.Cole, Terry dan Ivanovic. Fernando Torres, setakat ini belum lagi mampu merobek gawang lawan, namun ia mampu mengucar kacirkan pertahanan lawan sekaligus memberikan lebih banyak peluang kepada rakan-rakannya untuk menjaringkan gol. Sejujurnya, saya masih mengharapkan tendangan kencang D.Drogba, sentuhan jarak jauh F.Lampard.

Jadual Perlawanan Liga Perdana Inggeris 2011

Stoke City Lawan Chelsea – 2 April, 11PM

Chelsea Lawan Wigan – 9 April, 11PM

West Brom Lawan Chelsea – 16 April, 11PM

Chelsea Lawan Birmingham – 20 April, 03.45AM

Chelsea Lawan West Ham – 23 April, 01.30AM

Chelsea Lawan Tottenham – 30 April, 01.30AM

Man Utd Lawan Chelsea – 7 May, 11PM

Chelsea Lawan Newcastle – 14 May, 11PM

Everton Lawan Chelsea 22 May, 12 Tengah Malam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...