Posts Tagged Review Blogger

Review Blogger: Blogger Titan

Posted by on Tuesday, 15 February, 2011

Hai semua. Hari ini saya ingin perkenalkan seorang lagi blogger yang menjadi idola saya. Beliau ialah blogger Titan, mungkin dah ada yang kenal beliau. Jika saudara Rohaizad terkenal dengan Smart Blogging, maka Saudara Titan pula terkenal dengan Cincai blogging.

blogger Titan

Tidak keterlaluan jika saya mengatakan beliau ialah pakar TNX. Namun hasil pendapatan blogging beliau bukan setakat dari TNX. Macam-macam cabang pendapatan beliau dalam dunia blogging nih. Mungkin hampir semua program beliau pernah cuba. Dari yang sen-sen punya pendapatan sampailah ke ratus-ratus. 90 peratus artikel blog beliau ialah tentang buat duit online. Tak nak cerita lebih-lebih, jika anda nak tahu lebih lanjut tentang beliau boleh ke earncent.com/blog.

P/S – Teringin nak lawan badminton dengan Titan, walaupun saya nih tangan bangku (Betul ke ni).

NANG INNIT

Share

Blogger Rohaizad [Dot] Com

Posted by on Friday, 4 February, 2011

Hari ini teringin untuk berkongsi dengan rakan-rakan blogger dan pengunjung blog ini tentang seorang insan yang bergelar Full Time blogger iaitu Saudara Rohaizad. Beliau ialah salah seorang blogger yang mempunyai skill blogging yang tersendiri. Merupakan idola saya dalam dunia blogging. Yang lebih mengagumkan, beliau ialah Full Time blogger, maksudnya blogging ialah kerjayanya.

Blogger Rohaizad

Beliau seorang blogger yang tidak sombong dan kerap berkongsi rahsia blogging di blog pribadinya. Beliau pernah menganjurkan Seminar Smart Blogging. Juga menganjurkan personal coaching kepada individu yang berminat mendalami ilmu blogging. Jika berpeluang ke semenanjung, saya teringin berguru dengan beliau. Teringin mengenali beliau, bolehlah ke Rohaizad.com.

Share

Saya Nak Masuk Bloglist Ellen

Posted by on Monday, 20 December, 2010

Saya nak masuk bloglist Ellen kerana saja nak tambah backlink dan mentua rakan blogger.  Ellen atau MummyNemo (Bukan Mummy Jarum) adalah blogger yang saya kenal sewaktu menghadiri Mini Gathering Sabahan Nuffnanger. lebih mesra rasanya kalau saya panggil Mummy jeh. Saya kurang pasti, sama ada Mummy mempunyai anak perempuan atau tidak, tu kena tanya dengan Mummy sendiri (Segan nak tanya), oppss, merapu lagi. Fokus, jangan lari tajuk.

Untuk pengetahuan korang, Mummy nih baru saja aktif blogging selama 5 bulan. Komen saya tentang Mummy, Saya merasakan Mummy boleh pergi jauh dalam dunia blogging. Mummy mempunyai follower yang ramai, iaitu 1857 orang. Artikel di blog Mummy pun berkualiti. Saya tidak hairan jika Mummy akan menjadi blogger tegar / blogger kental. Artikel paling best, cerita tentang Mini Gathering Sabahan Nuffnanger, kerana disitulah saya mengenali Mummy. Nak kenal Mummy lebih lanjut di www.mummynemo.com.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Share