Posts Tagged tips blogging

Ruang Komen Mesra Pengunjung

Posted by on Monday, 18 July, 2011

Blogwalking adalah rutin seorang blogger. Tidak kira, blogger rajin ataupun blogger malas (Sorry agak kasar sedikit). Semasa blogwalking ke blog lain, kita mungkin tertarik untuk komen artikel blog yang kita lawati. Namun, satu perkara yang boleh menyebabkan blogger malas mengomen artikel kita ialah, mereka tidak boleh mengomen disebabkan faktor-faktor tertentu.  Contohnya, terpaksa log in akaun google untuk meninggalkan komen dan tidak boleh meninggalkan link blog. Perkara ini sering terjadi di kalangan blogger yang menggunakan blogger.com. Terus terang, saya sendiri lebih gemar meninggalkan komen di blog yang tidak memerlukan log in akaun google dan boleh meninggalkan link.

1) Ruang komen yang memerlukan kita log in akaun google.

2) Ruang komen yang mesra pengunjung. Sesiapa saja boleh meninggalkan komen.

3) Cara setting? semua tahu kot. Pergi bahagian Settings, klik comments. Pada bahagian”Who Can Comment?” pilih “Anyone”, so semua golongan boleh meninggalkan komen :)

Walaubagaimanapun, ini cuma pendapat saya. Ianya terpulang kepada anda untuk membuat pilihan. Blogger mempunyai pendapat masing-masing dan cara masing-masing. :)

Share

Dilema Yang Sering Blogger Baru Hadapi

Posted by on Wednesday, 18 May, 2011

Ketika ini, ramai blogger baru muncul, seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Ada yang blogging kerana minat. Ada juga yang blogging kerana terikut-ikut dengan kawan. Ada yang blogging sekadar suka-suka. Ada yang blogging kerana ingin menjana pendapatan sampingan.

Hakikatnya, tidak ramai blogger baru yang mampu menjana pendapatan melalui blog.  Kerana mengalami beberapa dilema. Antara dilema yang sering mereka hadapi ialah tidak tahu apa yang hendak ditulis. Tidak tahu bagaimana menarik traffik. Tidak tahu apa yang hendak dilakukan. Dan banyak lagi yang mereka tidak tahu.

Sebaik-baiknya, binalah blog peribadi dan tulislah apa saja dalam blog anda. Jika boleh, tulislah artikel berdasarkan minat. Jika anda ingin bercerita tentang hidup anda, pun tak salah. Blog anda, hak anda. Lihat saja Redmummy, Ben Ashaari, Yuyu Zulaikha, Cik Epal, dan ramai lagi. Blog mereka ialah blog peribadi. Cik Epal sendiri mampu menjana pendapatan seribu, dua ribu, sebulan. Redmummy, tak payah cakap, pernah menjana RM10 ribu sebulan, sehingga dikejar oleh LHDN.

Masalah kedua, tak tahu menarik trafik. Jawapannya blogwalking. Lawatlah blog lain. Komen post mereka dan tinggalkan link, agar mereka boleh membalas lawatan anda, agar blogger lain datang ke blog anda. promosilah blog anda melalui facebook, twitter dan sebagainya. Inilah yang paling asas.

Rasa-rasanya, 2 perkara ini sudah cukup untuk menjadikan anda blogger yang mampu pergi jauh dan blogger yang mampu menghasilkan pendapatan. Yang lain, anda boleh belajar sendiri. Dari 2 perkara ini, anda akan belajar banyak perkara. Jika tidak tahu, buat carian kat google.

P/S – Post ini untuk blogger baru, yang masih tercari-cari rentak.

Share

Selamat Tinggal Nuffnang

Posted by on Sunday, 10 April, 2011

Post kali ini agak panas. Mungkin ada yang berfikir saya kecewa dengan Nuffnang. Hohoho. Tidak, saya tidak akan meninggalkan Nuffnang. Namun, saya sedar, semakin ramai blogger meninggalkan Nuffnang. Ada yang masuk Innity, ada yang ikut advertlets, dan ada juga yang join program lain. Mungkin merajuk tak dapat BE. Takpelah, asalkan jangan hina program lain.

Ada yang kata, Nuffnang dah kurang beri BE. Bukan kurang BE, tapi faham-fahamlah, banyak blog yang berdaftar dengan Nuffnang. So, pengiklan mempunyai pilihan yang banyak. Jika blog tidak terpilih, apa boleh buat, mungkin rezeki untuk blogger lain. Tapi saya tahu, ada blogger yang tak kisah dengan BE, dan mereka masih mampu buat duit dengan Nuffnang.

Serius saya kata kan, blog ini akan terus bersama Nuffnang. Tapi bukan bermakna saya tak nak cuba program lain. Dalam masa terdekat ini, rasa nak bangunkan dua niche blog lagi, Kesihatan dan Teknologi. Rugi rasanya saya belajar dalam bidang kesihatan jika tidak membangunkan blog kesihatan.

Sejujurnya, saya bukan blogger yang hebat. banyak lagi perkara yang hendak dipelajari. Nak berjaya kena berusaha. Jatuh bangun, jatuh bangun. Belajar dari kesilapan. Cuba melakukan yang terbaik. Saya tahu, ramai blogger hebat, mereka hebat kerana berusaha dan tidak berputus asa. Mereka menghayati dunia blogging sehingga jiwa blogging itu muncul. Bukan kerana duit semata-mata. Kerana jiwa blogging itulah, mereka mampu buat duit dengan blogging.

Tipulah jika saya mengatakan saya blogging bukan kerana duit. Sebab itulah saya cuba menjiwai dunia blogging. Membina blog, mengikut minat akan memudahkan kita menjiwainya.

Share

Asas SEO: Kajian Kata Kunci

Posted by on Friday, 1 April, 2011

Kali ini saya ingin berkongsi tentang kajian kata kunci atau keyword. Kajian kata kunci adalah asas kepada SEO. Mungkin Pro Blogger mempunyai pandangan tersendiri tentang kajian kata kunci ini. Namun saya cuba berkongsi berdasarkan pendapatan saya sendiri.

Kajian kata kunci biasanya dilakukan oleh Pro blogger, internet marketer dan usahawan internet dalam menilai permintaan yang kerap dicari oleh masyarakat melalui Enjin Carian Google atau Google search. Kajian kata kunci adalah penting apabila membina Niche Blog (Blog yang memberi tumpuan kepada sesuatu perkara, contohnya blog hiburan, blog kesihatan, blog makanan dan sebagainya). Kajian kata kunci juga sering digunakan oleh Pro Blogger dalam menulis artikel untuk Niche Blog mereka.

Cara Melakukan kajian kata kunci.

1) Pergi ke http://adwords.google.com/select/keywordtoolexternal

2) Masuk kata kunci yang ingin anda kaji. Contohnya, “artis malaysia terkini”. Ubah pilihan negara kepada Malaysia.

3) Keputusan yang diperolehi ialah 12,100. Bermakna, kata kunci untuk “artis malaysia terkini” mendapat carian sebanyak 12,100 kali dalam tempoh sebulan (carian tidak semestinya sama setiap bulan).

Selepas melakukan kajian kata kunci. Kita akan melalukan kajian pages yang wujud di google search

1) Pergi Ke http://www.google.com.my

2) Masukkan kata kunci “artis Malaysia terkini” dan klik search

3) Berdasarkan carian, ada 660,000 pages tentang kata kunci “artis malaysia terkini” wujud di  google search. Tips dari saya, jumlah pages yang sesuai ialah di bawah 2 juta.

Rumusan dari saya, semakin tinggi carian kata kunci (12,100) dan semakin rendah pages (660,000), bermakna kualiti kata kunci tersebut semakin tinggi. Teknik inilah yang sering digunakan oleh pro blogger dalam menentukan kualiti kata kunci atau keyword. Mesti ada pro blogger akan marah saya. Tapi saya tak kisah. Kerana bukan semua blogger sanggup melakukan kajian kata kunci. kerana ianya memenatkan.

P/S – Jumlah carian kata kunci dan bilangan pages akan sentiasa berubah mengikut peredaran masa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Share